Anda berada di: Laman Utama Mengenai Kami

Mengenai Kami

E-mail Cetak PDF

SIMCare ditubuhkan hasil cetusan idea dari forum Sahabat Interaktif Malaysia (SIM) yang mempunyai keahlian lebih 50,000 orang di Yahoo Group SIM yang ditubuhkan dalam tahun 2005. Semenjak SIM ditubuhkan gabungan ahli-ahli telah melaksanakan banyak projek-projek yang bersifat bantuan samada dalam bentuk kewangan, harta benda, khidmat nasihat serta latihan dan bimbingan dalam keusahawanan sosial. Yahoo Group SIM juga telah berjaya menubuhkan Koperasi Sahabat Interaktif Malaysia (KOSIM) , projek keusahawanan sosial Mangkuk Tingkat, program Kerja Dari Rumah (KDR) dan juga misi bantuan serta perubatan dibawah beberapa pertubuhan dan yayasan.

Penubuhan SIMCare ini adalah kesinambungan dari program-program yang telah sekian lama dijalankan oleh Yahoo Group SIM. Akan didaftarkan dibawah Akta Pertubuhan dan mempunyai struktur organisasi yang melengkapi antara satu sama lain. Keahliannya terbuka kepada semua yang berminat untuk membantu diri sendiri dan juga diri orang lain.

Terakhir dikemaskini ( Ahad, 05 Jun 2011 12:48 )  

Hubungi Kami

SIMCare
Hotline : 1700 800 020

  • Email: info@simcare.org.my

Hubungi kami melalui borang online (KLIK DISINI)